ASSALAMU'ALAIKUM

Friday 26 October 2012

Mengertilah "Kesombongan" kami wahai Kaum Adam!




"Perempuan sombong!"
Begitulah ungkapanmu, 
Melukai hatiku, 
Tak bisa mengubahku,
Aku tetap aku.

"Perempuan sombong!"
Biar apa katamu,
Biar apa tohmahanmu,
Kubalas doa sejernih salju,
Moga diampuni Yang Satu.

"Perempuan Sombong!"
Itu yang terzahir,
Pengertiannya tak lahir,
Kau pasti takkan mengerti,
Sombongku kerana Ilahi.

Mengertilah ...
Aku mahu Kau bangkit berdiri,
Menjadi lelaki berkeperibadian tinggi,
Tidak tertipu dengan tipuan duniawi,
Apatah lagi fitnah wanita yang meracuni.

Mengertilah ...
Sombongku bukti sayangku,
Pada lelaki bernama Adam,
Agar Kau bangkit dari kelalaian itu,
Agar perjuanganmu tidak padam.

Mengertilah ...
Aku tidak mahu Kau terus tertipu,
Dengan gejolak cinta & nafsu,
Pada seorang wanita sepertiku,
Hingga Kau lupa amanah beratmu.

Mengertilah ...
Izinkan aku terus begini,
Menjaga maruah & peribadi,
Agar bukan aku fitnah lelaki,
Agar Kau tak lalai lagi,
Itulah bukti sayangku pada lelaki. 

~Seindah Mawar Berduri - Fatimah Syarha Mohd Noordin

No comments:

Post a Comment