ASSALAMU'ALAIKUM

Friday, 26 October 2012

RATUKU

Ratuku Kau Umpama Mawar Berduri


Ratuku…
Inginku luahkan apa yang sudah lama inginku luahkan…
Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran…
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah…
Ratuku…
Kebimbanganku ini masih menebal
apabila kudengar dengungan kumbang perosak yang cuba menghirup madumu
walau tanpa relamu…
Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi
Bilaku melihat bunga yang tak segan-silu menampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga…
Masih wujudkah lagi Ratu idaman Hatiku
Kerana apa yang aku lihat  hari ini makin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku…
Bukanlahku harap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari antara safwa dan marwa…
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah yang menanti kekasihnya di Pintu Syurga…
Ratuku…
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci terpuji kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa…
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga…
Jangan kau risaukan padaku
Kadang kala musim berganti sehingga bunga tidak dapat kembang mekar
Tapi itu hanyalah ujian buatmu
Ratuku…
Esok musim bunga pastikan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi…
Cuma yangku harapkan ketika itu kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi..
Jangan pula kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerna kau ratu idaman kalbu
Ratuku
Aku bukanlah memandang kecantikanmu walaupun kadang kala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yangku harapkan
Aku yakin ratuku masih ada sinar harapan yang bisa membuatku tersenyum lega
Kerana akanku temui ratu yang benar-benar ratu….

No comments:

Post a Comment