Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati tapi
masih tetap tertawa dan tidak sedar...
Aku
hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih
tetap mencintainya...
Aku
hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut
takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu...
Aku
hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi
masih sibuk mengumpulkan harta....
Aku
hairan melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa....
Aku
hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih
mengingat selainNya....
Aku
hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih
mahu mematuhinya....
(Ustman
Ibn Affan)